Penutupan Ladang CEP 1 mampu selesai pencemaran Sungai Benut - Utusan Malaysia

Penutupan Ladang CEP 1 mampu selesai pencemaran Sungai Benut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Penutupan serta-merta operasi pelupusan sisa pepejal di Ladang CEP 1 di Simpang Renggam, Johor, berkuat kuasa hari ini dilihat mampu menyelesaikan masalah berkaitan pencemaran Sungai Benut.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan penutupan itu penting kerana sisa daripada tapak pelupusan berkenaan mengalir masuk ke kawasan sungai dan menjadi antara punca kepada pencemaran.

Menurutnya, masalah itu juga telah menyukarkan kehidupan penduduk khususnya di kawasan Simpang Renggam kerana berdepan dengan isu bekalan air bersih selain kerap terputus akibat pencemaran dari pelbagai sumber di Sungai Benut sejak lebih 10 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menjunjung kasih di atas keprihatinan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar isu berkaitan pencemaran Sungai Benut sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Simpang Renggam terjejas segera diselesaikan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan pihak SWM Greentech kerana bersetuju untuk menutup Tapak Pelupusan Ladang CEP 1, Simpang Renggam bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini