Penuntut universiti berarak bantah Abdelaziz - Utusan Malaysia

Penuntut universiti berarak bantah Abdelaziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS 5 Mac – Beribu-ribu penuntut Algeria berarak di sini sebagai bantahan terhadap keputusan Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk bertanding semula mempertahankan jawatannya bagi penggal kelima dalam pilihan raya umum bulan depan.

Berikutan demonstrasi besar-besaran, pemimpin veteran itu menjanjikan bakal menganjurkan ‘Sidang Kebangsaan’ untuk menetapkan tarikh pilihan raya seterusnya, jika beliau memenangi pilihan raya April ini.

Beliau juga menegaskan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya yang ditentukan oleh sidang itu nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun janji tersebut tidak dapat diterima dan dianggap sebagai penghinaan oleh penduduk Algeria yang telah ‘letih’ dengan pemerintahannya selama dua dekad itu.

Demonstrasi sejak 22 Februari lalu itu menuntut pemimpin berusia 82 tahun tersebut letak jawatan dengan tunjuk perasaan digerakkan melalui media sosial.

Hari ini, beribu-ribu penuntut universiti berarak di ibu negara sambil melaungkan kenyataan untuk tidak lagi mahu pemimpin itu kekal mentadbir negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini