Penunggang motosikal maut rempuh kereta rosak - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh kereta rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta rosak dalam kejadian di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Fadzil Isa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar apabila melanggar kereta Proton Wira yang rosak dan berada di lorong kiri tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, pemandu kereta terbabit yang berusia 64 tahun sedang meletakkan kon segi tiga di belakang kenderaan tersebut apabila mangsa secara tiba-tiba melanggarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zulkefly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini