Penolong jurutera ditahan SPRM terlibat penggubahan wang haram - Utusan Malaysia

Penolong jurutera ditahan SPRM terlibat penggubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seorang bekas penolong jurutera mekanikal kerana kesalahan pengubahan wang haram.

Hasil siasatan mendapati suspek melibatkan diri dalam transaksi penggunaan wang berjumlah lebih RM180,000 melalui wang tunai yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan untuk pengubahsuaian rumahnya.

Suspek lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dibuat.

Pada Oktober tahun lalu, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen 1, Melaka di bawah kesalahan seksyen 16(a)(A) 2009 kerana menerima suapan iaitu wang tunai dan barangan pembinaan rumah berjumlah hampir RM500,000 daripada kontraktor sebagai upah membantu mendapatkan kerja-kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN