Penjagaan sumber air tanggungjawab semua pihak-SPAN - Utusan Malaysia

Penjagaan sumber air tanggungjawab semua pihak-SPAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Semua pihak termasuk sektor awam dan industri perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjaga sumber air agar tidak tercemar selain memastikan ia digunakan secara cekap dan mampan.

Pengerusi Suruhanjaya Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, setiap manusia berhak menikmati air yang selamat dan bersih.

“SPAN terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membersihkan sungai tercemar dan kejadian sebelum ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, rumah kediaman dan bangunan komersial digalakkan untuk menggunakan produk cekap air bagi menggelakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini