SHAH ALAM – Seorang Penolong Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan RM9,000, tiga minggu lalu. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar terhadap suspek berusia 38 tahun itu. Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pukul 10.50 pagi memakai baju lokap tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari. Menurut sumber SPRM,…










