Pengguna perlu tahu, bijak guna penghawa dingin - Utusan Malaysia

Pengguna perlu tahu, bijak guna penghawa dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 MAC – Orang ramai perlu bijak dan tahu menggunakan penghawa dingin bagi menggelakkan penggunaan tenaga yang tinggi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memberitahu, antara langkah penjimatan tenaga terutamanya penghawa dingin adalah melaraskan suhu di antara 24 hingga 26 darjah selsius serta perlu kerap diselenggara agar dapat beroperasi pada tahap optimum.

“Selain itu, semua pintu dan tingkap serta lubang edaran perlu ditutup bagi memastikan udara sejuk tidak keluar daripada bilik. Penghawa dingin yang lama pula digalakkan untuk diganti kerana tidak lagi cekap selepas bertahun-tahun digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pengguna yang bercadang untuk membeli penghawa dingin, mereka dinasihatkan agar memilih model yang mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini