Pengerusi, tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu UDA dilantik - Utusan Malaysia

Pengerusi, tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu UDA dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) yang baharu.

Kementerian itu turut mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu yang terdiri daripada Datuk Mohd Rafee Mohamed, Datuk Rosli Dahlan dan Mohamad Subki Ahmad bagi menggantikan komposisi Ahli Lembaga Pengarah UDA yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Pelantikan Pengerusi dan tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu itu berkuatkuasa 28 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hisham merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan Khazanah serta memiliki 28 tahun pengalaman dalam pelbagai struktur korporat seperti pembangunan hartanah, kesihatan, pelaburan perniagaan, tenaga dan utiliti di peringkat antarabangsa.

Mohd Rafee pula merupakan jurukur bahan yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Malaysia, Fellow kepada The Royal Institution of Surveyors Malaysia dan ahli kepada The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICB).

Manakala Rosli merupakan pguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga peguam syarie untuk Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Mohamad Subki berpengalaman luas dalam pelbagai jenis pembangunan seni bina dan juga terlibat dalam Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Institut Pereka Dalaman Malaysia (IPDM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini