Penganggur dijel 8 tahun, 10 sebatan miliki heroin - Utusan Malaysia

Penganggur dijel 8 tahun, 10 sebatan miliki heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah memiliki dadah jenis heroin seberat 8.35 gm, Disember lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika menjatuhi hukuman itu terhadap Che Hamzah Hussin, 33, Hakim Ahmad Bazli Bahruddin turut memerintahkan supaya tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap.

Che Hamzah, yang tidak diwakili peguam, dituduh memiliki heroin seberat 8.35 gram pada 21 Disember 2018  pukul 10.10 malam di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lembah, Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau untuk satu tempoh tidak kurang dari lima tahun atau sebat tidak kurang 10 sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Che Hamzah memandangkan kesan negatif jenayah tersebut terhadap masyarakat.

“Hukuman tersebut akan memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini