Pengalaman paling indah Khe Wei - Utusan Malaysia

Pengalaman paling indah Khe Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOON Khe Wei pernah menentang ramai pemain handalan sepanjang kariernya sebagai jaguh badminton dunia.

Begitupun, pengalaman terbaharu yang dilalui pemain kelahiran Selangor itu cukup mengujakan apabila dia berpeluang berkongsi gelanggang dan ilmu bersama Raja Permaisuri ­Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel dan dua emas Sukan SEA itu berkongsi keterujaan dengan memuat naik tiga keping gambar bersama Raja Permaisuri Agong dalam Instagram baru-baru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak pernah dalam karier saya, bermimpi dapat bermain dengan Permaisuri tetapi inilah yang berlaku hari ini.

“Ia satu penghormatan besar dapat berkongsi gelanggang bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

“Saya dengan rasa rendah hati berada di depannya dan berkongsi mengenai sukan yang saya cintai,” tulis Khe Wei dalam Instagram.

Sepanjang kariernya yang gemilang bersama Vivian Hoo, Khe Wei telah mengecapi pelbagai kejayaan antarabangsa, termasuk memenangi dua pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 dan sebutir emas Komanwel 2010.

Dia juga memenangi emas Sukan SEA 2009 dan 2013, selain pernah beberapa kali beraksi di pentas besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia (gangsa 2014), Kejohanan Dunia dan pelbagai pertandingan lain.

Khe Wei, 29, bagaimanapun mengumumkan untuk meninggalkan skuad kebangsaan pada Disember lalu bagi memulakan kerjaya baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini