DARI dalam air di sebuah kolam yang terletak dalam taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor kelihatan beberapa orang remaja perempuan berpakaian ala ikan duyung mempersembahkan aksi renang. Dengan ayunan ekor yang pantas, adakalanya remaja-remaja itu timbul di permukaan untuk mendapatkan udara bagi menyambung semula aksi mereka. Aksi ‘duyung jelmaan’ yang menghiburkan itu lantas mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang menyaksikan persembahan tersebut. Salah seorang penonton, Hanan Hayati Mohd., 17,…










