KUALA LUMPUR 26 Mac – Amalan penilaian keberkesanan lembaga pengarah di Malaysia semakin meningkat dengan pengiktirafan lebih 80 peratus daripada syarikat besar di Malaysia menjalankan penilaian lembaga pengarah dikendalikan secara luaran atau menyediakan pelan yang jelas untuk dilaksanakan pada masa akan datang. KPMG Management & Risk Consulting Sdn. Bhd. dalam kenyataan hari ini berkata ini menunjukkan kepentingan syarikat tersebut untuk membina proses mentadbir bilik lembaga pengarah yang dapat membantu mereka…










