Pendedahan Raja Petra: SPRM buat laporan polis - Utusan Malaysia

Pendedahan Raja Petra: SPRM buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin mengenai kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata laporan terbabit telah dibuat semalam oleh pegawainya namun enggan mengulas lanjut di mana laporan itu dibuat.

Ujarnya, susulan laporan polis tersebut, SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Yang pasti saya telah meminta beberapa pegawai untuk berbuat demikian semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN