Pencemaran: Tragedi pencemaran toksik satu malapetaka - Anwar - Utusan Malaysia

Pencemaran: Tragedi pencemaran toksik satu malapetaka – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tragedi pencemaran toksik yang berlaku di Pasir Gudang, Johor sebagai satu perkara yang serius.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson malah menyifatkan krisis yang menjejaskan penduduk Pasir Gudang itu sebagai malapetaka yang agak besar.

“Ini perkara serius. Perkara ini malapetaka yang agak besar dan ini bukan perkara semulajadi, tetapi kerana perancangan yang agak lemah,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar berkata, tragedi itu merupakan satu peringatan kepada semua pihak bahawa faktor keselamatan dalam aspek pembuangan asid tidak boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, kadang-kala pihak yang mahu menarik pelabur di negara ini sedikit sebanyak mengenepikan isu tersebut sedangkan keselamatan rakyat harus menjadi keutamaan. 

Beliau namun menerangkan menteri terlibat telah segera ke Pasir Gudang untuk mengambil langkah yang perlu, malah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut turun ke lokasi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa bangga terhadap semangat berkhidmat penjawat awam termasuk anggota polis, bomba dan hospital dalam berhadapan krisis itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini