Pencemaran toksik:Pembukaan sekolah di Pasir Gudang diketahui esok - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:Pembukaan sekolah di Pasir Gudang diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 17 Mac – Pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan 111 sekolah yang diarahkan tutup di daerah ini sejak Rabu lalu akan diputuskan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang berkunjung ke negeri ini esok.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pembukaan sekolah-sekolah di sini akan mengambil kira perkembangan semasa termasuk laporan daripada jawatankuasa bencana.

“Kita hanya ada empat hari lagi sebelum cuti sekolah bermula, jadi saya percaya Menteri Pendidikan akan melihat dan memantau laporan jawatankuasa sebelum membuat sebarang keputusan tentang pembukaan sekolah,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila sesi persekolahan di sini akan dibuka semula selepas Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah ditutup untuk mengelakkan pelajar menjadi mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Terdahulu beliau meninjau perkembangan kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana di Menara Aqabah di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini