Pencemaran toksik:JAS tingkat rondaan dan penguatkuasaan - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:JAS tingkat rondaan dan penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 31 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan selain terus melakukan pemeriksaan berkala terutama 60 daripada kira-kira 500 kilang di daerah ini yang menggunakan bahan toksik dalam operasi mereka.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, pihaknya juga akan pastikan semua lesen-lesen yang dikeluarkan kepada kilang berkenaan sebelum ini disemak semula pematuhannya.

“Kilang-kilang tersebut harus mematuhi syarat pelupusan toksik yang telah ditetapkan atau dilesenkan pihak JAS. Jika gagal patuhi kita akan kenakan kompuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau mereka lakukan kesalahan lagi kita akan kenakan tindakan mahkamah. Ini bagi memastikan

pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini sebentar tadi.

Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh dan Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim sejak 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar di daerah ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini