Pencemaran toksik:Isu ke Batam, MB enggan ulas - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:Isu ke Batam, MB enggan ulas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 16 Mac – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian enggan memberikan sebarang komen mengenai lawatan kerja ke Pulau Batam, Indonesia semalam ketika isu pencemaran bahan Toksik di Pasir Gudang masih berlarutan.

Osman yang pulang ke tanahair hari ini hanya mahu memberi tumpuan kepada isu pencemaran yang kini mula mencatatkan penurunan.

“Itu (lawatan ke Batam) bukanlah cerita pada hari ini. Kita lebih serius dalam soal ini (pencemaran toksik),” katanya kepada pemberita di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…
OSMAN SAPIAN meninjau dan melawat pusat operasi awal pesakit pencemaran toksik di Stadium Tertutup M
OSMAN SAPIAN meninjau dan melawat pusat operasi awal pesakit pencemaran toksik di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Sebelum ini warganet mempertikaikan lawatan kerja Osman ke Batam dalam keadaan masalah pencemaran toksik di sini masih belum diselesaikan malah jumlah mangsa terus bertambah.

Ditanya mengenai perkembangan semasa  pencemaran toksik di Pasir Gudang, Osman berkata, sehingga 6 petang keseluruhan bacaan kualiti udara pada tahap normal.

Jelasnya, kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim juga menunjukkan perkembangan positif dengan 300 meter sahaja daripada keluasan 1.5 kilometer masih belum dibersihkan.

OSMAN SAPIAN meninjau dan melawat pusat operasi awal pesakit pencemaran toksik di Stadium Tertutup M
OSMAN SAPIAN meninjau dan melawat pusat operasi awal pesakit pencemaran toksik di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Keadaan kini terkawal hasil kerjasama semua jabatan yang terlibat termasuk agensi swasta yang berkaitan. Walaupun masih ada lagi dirujuk di pusat rawatan ini namun ia dapat ditangani dan bukanlah kes yang berat.

“Kerja pembersihan sungai juga berjalan lancar dengan sepanjang 1.2km kawasan sungai sudah dibersihkan sehingga petang tadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini