JOHOR BAHRU 17 Mac – Sultan Johor murka terhadap pihak yang menyebarkan fitnah kononnya baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran toksik di Pasir Gudang. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka, sebaliknya tumpu kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas. “Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah…










