Pencemaran toksik: Polis dapat petunjuk kesan suspek bertanggungjawab - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik: Polis dapat petunjuk kesan suspek bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 17 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mendapat petunjuk bagi mengesan suspek yang bertanggungjawab ke atas kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan terperinci telah dibuat pihaknya bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab berdasarkan petunjuk tersebut.

Dalam masa sama jelasnya, polis telah memperhebatkan operasi bagi mengesan suspek terlibat melalui penubuhan Pasukan Khas diketuai Ketua Polis negeri dengan kerjasama pegawai Ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada ketika ini kita ada sedikit ‘lead’ dan yakin usaha untuk mengesan suspek terlibat dapat dilakukan berpandukan ‘lead’ tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan Awal Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, sebentar tadi.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Datuk Yahaya Madis.

Jelas Mohamad Fuzi, pihaknya juga telah mengadakan sekatan jalan raya di sembilan lokasi bencana bagi mengesan pihak bertanggungjawab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini