Pencemaran: Sultan Johor sumbang RM1 juta, arah tubuh jawatankuasa khas - Utusan Malaysia

Pencemaran: Sultan Johor sumbang RM1 juta, arah tubuh jawatankuasa khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Sultan Ibrahim bertitah, penubuhan jawatankuasa khas tersebut bertujuan mengenal pasti beberapa perkara termasuk merangka satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh suma pihak bagi memastikan insiden ini tidak berulang kembali.

Titahnya, perkara lain yang perlu diutamakan juga adalah pembangunan sistem amaran awal sekiranya berlaku pencemaran udara mahupun air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan adanya sistem berkenaan, sekiranya berlaku apa-apa pencemaran sama ada di udara atau air, maka pihak berkuasa dapat memberi amaran awal kepada penduduk.

“Pada masa sama, penduduk juga dapat membuat persiapan awal, manakala pasukan kecemasan atau pihak berkuasa dapat bergerak lebih awal,” titah Baginda hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan berangkat ke Hospital Sultan Ismail melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang sedang mendapatkan rawatan.

Sementara itu, demi mengutamakan keselamatan rakyat, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM1 juta.

“Oleh demikian, saya mahu jawatankuasa khas diwujudkan segera dan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang telah saya tegaskan sebelum ini,” titah Baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini