Pencemaran: Jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 43 buah - Utusan Malaysia

Pencemaran: Jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 43 buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 43 buah sekolah diarah tutup sehingga pukul 7 petang tadi susulan daripada insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, selain sekolah, Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Pasir Gudang juga ditutup ekoran insiden tersebut.

Jelasnya, semua aktiviti pembelajaran, pengajaran dan kokurikulum dihentikan sementara selain pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KPM akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sekolah yang terlibat ialah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex
  2. SMK Taman Nusa Damai
  3. SMK Pasir Gudang 2 
  4. SMK Dato Penggawa Timur
  5. SMK Pasir Gudang 3
  6. SMK Pasir Gudang 
  7. SMK Bandar Seri Alam
  8. SMK Taman Rinting 2
  9. SMK Taman Megah Ria 
  10. SMK Seri Alam 2
  11. Kolej Vokasional Pasir Gudang 
  12. Sekolah Seni Malaysia
  13. Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex
  14. SK Taman Rinting
  15. SK Taman Bukit Dahlia
  16. SK Pasir Gudang 4 
  17. SK Taman Nusa Damai 
  18. SK Kopok
  19. SK Taman Cahaya Masai
  20. SK Taman Rinting 2 
  21. SK Taman Cendana 
  22. SK Taman Rinting 3 
  23. SK Masai 
  24. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang
  25. SK Cahaya Baru
  26. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Tong
  27. SJKC Masai
  28. SK Sungai Tiram
  29. SJKT Masai
  30. SK Seri Kota Puteri
  31. SK Pasir Gudang 2
  32. SMK Sungai Tiram
  33. SMK Tanjung Puteri Resort
  34. SK Tanjung Puteri Resort
  35. SMK Kota Masai
  36. SMK Kota Masai 2
  37. SK Pasir Puteh
  38. SK Perigi Acheh
  39. SK Kota Masai 3
  40. SK Taman Pasir Putih
  41. SMK Pasir Putih
  42. SK Kota Masai
  43. SK Kota Masai 2 

 

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak.

Arahan penutupan itu dikeluarkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa guru, pelajar dan warga sekolah berikutan keadaan yang semakin kritikal. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini