Pencemaran: Bahan kimia tidak bawa kesan kronik jangka panjang - Utusan Malaysia

Pencemaran: Bahan kimia tidak bawa kesan kronik jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kesan pencemaran sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim kepada mangsa adalah berbentuk “one off acute exposure” dan tidak membawa kesan kronik jangka panjang kepada kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad.

Beliau berkata, tahap toksik yang ada pada bahan kimia itu adalah bersifat rendah dan tidak menyebabkan kematian kepada mereka yang terdedah.

“Ini adalah acute toxicity dan ia bukannya sesuatu yang bersifat kronik dan mempunyai exposure yang lama serta berterusan sehingga boleh mencetuskan kanser,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Medic Base di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas kekhuatiran mangsa-mangsa mengenai kesan jangka panjang pencemaran sisa kimia dari Sungai Kim Kim terhadap kesihatan mereka.

Dzukefly berkata, sebagai inisiatif untuk memantau tahap kesihatan kesemua mangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan kajian kohort berdasarkan sistem data pesakit yang dikumpulkan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini