Penalti selamatkan Porto - Utusan Malaysia

Penalti selamatkan Porto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mac – Jaringan penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh pemain Porto, Alex Telles membolehkan kelab itu meraih kemenangan 3-1 untuk agregat 4-3 menewaskan AS Roma dalam aksi 16 akhir kedua Liga Juara-Juara di awal pagi tadi.

Porto dihadiahkan penalti tersebut tiga minit sebelum tamat masa tambahan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati kelab Portugal itu berhak memperolehnya dan kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Sergio Conceiçao melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan tersebut tiga gol Porto diperoleh menerusi Tiquinho Soares pada minit ke-26, Moussa Marega pada minit ke-52 dan penalti daripada Telles ketika masa kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan pelawat, AS Roma sekadar memperoleh jaringan tunggal menerusi penalti yang dimanfaatkan oleh Daniele De Rossi pada minit ke-37. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini