Pemimpin DAP perlu contohi keberanian Nurul Izzah - Dominic - Utusan Malaysia

Pemimpin DAP perlu contohi keberanian Nurul Izzah – Dominic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan sikap kepemimpinan DAP yang ‘diam’ apabila kontroversi berkaitan manifesto Pakatan Harapan muncul.

Dominic berkata, kepemimpinan DAP patut mencontohi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang berani meletak jawatan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai tanda protes terhadap pengekalan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

“Apa yang Nurul Izzah lakukan adalah berani secara moral kerana ia menunjukkan bahawa beliau mematuhi sistem pemeriksaan dan keseimbangan untuk memastikan kerajaan tidak menyimpang daripada prinsipnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa sejak mengambil kuasa, para pemimpin DAP hanya mendiamkan diri apabila timbul kontroversi atau hanya mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan orang ramai ketika manifesto Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan?

“Adakah mereka hilang keberanian untuk mengambil tindakan konkrit seperti Nurul Izzah kerana terperangkap dalam koridor kuasa?” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini