CHRISTCHURCH 19 Mac – Penduduk New Zealand yang mempunyai senjata api mula menyerahkan senjata itu kepada pihak berkuasa susulan rombakan undang-undang senjata yang dilakukan oleh Kabinet pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern.
Seorang petani, John Hart menyerahkan senapangnya kepada polis sebagai menyambut seruan kerajaan untuk merombak undang-undang senjata di New Zealand. – AGENSI
Seorang daripadanya adalah petani di North Island iaitu John Hart yang membuat keputusan menyerahkan senapang semi automatiknya kepada polis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ardern dalam sidang akhbar sebelum ini menggalakkan semua pemilik menyerahkan senjata mereka berikutan insiden tembakan di dua buah masjid yang mengakibatkan 50 penduduk Islam terbunuh. – AFP











