Pemergian Stephen, satu kehilangan besar - Utusan Malaysia

Pemergian Stephen, satu kehilangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Pemergian Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang meninggal dunia hari ini disifatkan satu kehilangan besar bukan sahaja bagi keluarganya dan parti malah kepada Sabah dan seluruh negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu juga merupakan antara pemimpin utama DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang mengetuai perjuangan menentang Barisan Nasional (BN) di Sabah sewaktu di bawah kepemimpinan UMNO.

“Mendiang percaya dengan agenda parti dalam usaha membina Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang menghormati kedaulatan undang-undang, mendukung hak Sabah dan meraikan kepelbagaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau menyertai DAP dengan harapan dapat menjadikan Sabah sebuah negeri dihormati dan juga membantu Sabah berintegrasi lebih erat dengan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Stephen, 64, yang juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pagi tadi akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kepemimpinan DAP merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Stephen.

“Kami berharap agar keluarganya dapat menghadapi kehilangan yang begitu besar dan melalui masa yang sukar dengan memperingati pencapaian mendiang, memori bersama, kesetiaan dan kasih sayang beliau kepada mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini