Pemergian Balakrishnan satu kehilangan besar - Utusan Malaysia

Pemergian Balakrishnan satu kehilangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pemergian Tan Sri S. Balakrishnan dalam satu kemalangan jalan raya tengah malam tadi adalah satu kehilangan besar buat masyarakat India di Malaysia, kata beberapa pemimpin dan bekas pemimpin MIC serta kenalannya.

Bekas Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan berkata, kejadian tidak disangka itu adalah satu berita yang sangat menyedihkan buat mereka.

“Semasa dalam MIC, beliau telah menjawat banyak jawatan termasuk Ketua Bahagian MIC Johor Bahru, Pengerusi MIC Johor dan juga menjadi ahli Majlis Tertinggi MIC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas kapasiti ini, sumbangan beliau amat tidak terkira dan pemergiannya adalah satu kerugian kepada masyarakat India,” kata Asojan, yang kini Setiausaha Eksekutif MIC kepada Bernama ketika dihubungi.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pusat MIC (CWC), T. Rajasekaran menyifatkan mendiang Balakrishnan sebagai seorang yang sangat berdedikasi yang telah menolong banyak orang semasa hayatnya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini