MOSCOW 2 Mac – Pemenang Hadiah Nobel dalam kategori fizik, Zhores Alferov, 89, meninggal dunia di St. Petersburg, Rusia di sini hari ini. Lapor Reuters, Alferov yang juga Ahli Parlimen Rusia itu adalah antara penyumbang utama kepada dunia teknologi maklumat menerusi penyelidikannya dalam komputer, telefon mudah alih dan cakera padat (CD) pada tahun 1970-an. AGENSI










