KUANTAN 3 Mac – Pembinaan kilang vaksin halal di Negeri Sembilan bakal memberi pilihan kepada golongan ibu bapa yang bimbang tentang status vaksin untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, cadangan pembinaan kilang yang digerakkan menerusi inisiatif swasta itu menjadikan Malaysia negara pertama meneroka pasaran vaksin halal dunia. Beliau berkata, pentauliahan status halal vaksin yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan dibuat oleh badan farmaseutikal…










