Pembantu Tadbir Jakim maut kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Pembantu Tadbir Jakim maut kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 4 Mac – Seorang Pembantu Tadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Kilometer 44 berhampiran susur masuk dari arah Putrajaya ke pekan Dengkil, di sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa, Shaarini Shari Pinansa, 38, yang berkhidmat di Bahagian Perhubungan Jakim meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dari arah Putrajaya dikatakan sedang menuju ke Pekan Dengkil.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun di laluan sama telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang kenderaan mangsa.

“Akibat kejadian tersebut, kereta mangsa telah terbalik lalu merempuh penghadang besi di pembahagi kiri jalan dan menyebabkan dia tersepit dalam kenderaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita itu yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada telah meninggal dunia di lokasi dan kemudian dihantar Jabatah Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Selain itu, pihak polis meminta jika terdapat saksi melihat detik-detik kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor R. Kalidasan menerusi talian 0127952282,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN