KUANTAN – Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan rawatan perubatan kesuburan bernilai RM209,233, sejak tahun 2014. Pengakuan Mazuin Zulkifli, 33, yang berasal dari Taman Impianku di Jalan Sungai Lembing di sini, direkodkan di hadapan Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 Okt 2014 hingga 25 Okt 2017 dengan mengemukakan Borang Perubatan…










