TAWAU – Seorang eksekutif pengurusan, dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan empat mati dan seorang cedera parah di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, pada Julai tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Olivia Chong Oi Yun, 35 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah…










