Pemandu lori tangki direman dua hari bantu siasatan buang sisa kimia - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki direman dua hari bantu siasatan buang sisa kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pemandu lori tangki yang disyaki terlibat dalam pembuangan sisa bahan kimia di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann di sini, Khamis lalu direman selama dua hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Roslizi Sulaiman selepas suspek dibawa ke Mahkamah Klang kira-kira pukul 9 pagi tadi. 

Roslizi membenarkan suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan kerana mengotorkan sesuatu kolam atau mata air.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam satu kenyataan semalam berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor. 

Katanya, turut dirampas adalah sebuah treller tangki jenis Hino. 

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima arahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan pembuangan sisa kimia itu. 

“Semakan rekod mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini,” katanya.

Kosmo Online! sebelum ini melaporkan kolam tadahan Taman Eng Ann itu dikesan tercemar dengan bahan kimia yang masih belum dikenal pasti dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bahan pencemar itu memasuki aliran air di kawasan berkenaan selepas menerima aduan orang awam 6 petang, Khamis lalu. 

Hasil sampel yang diambil di kolam itu mendapati terdapat sebanyak 21 jenis bahan kimia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini