Pelancong Hong Kong maut tergelincir - Utusan Malaysia

Pelancong Hong Kong maut tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHOENIX 29 Mac – Seorang pelancong Hong Kong maut selepas tergelincir di lereng bukit ketika merakam foto kenangan di tapak tinjau Grand Canyon, semalam. Channel New Asia melaporkan, jurucakap Grand Canyon West, David Leibowitz berkata, pelancong yang dipercayai berusia 50-an itu sedang merakam gambar pada waktu pagi di tapak tinjau Eagle Point yang mengadap penempatan puak Hualapai. Katanya, lelaki berkenaan dianggap sudah meninggal dunia dan pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mayat mangsa. Identiti pelancong berkenaan tidak diketahui. -AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN