Iran lancar serangan sasar lapangan terbang Ben Gurion - Utusan Malaysia

Iran lancar serangan sasar lapangan terbang Ben Gurion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Angkatan tentera Iran pada Ahad menyatakan mereka melancarkan serangan terhadap beberapa lokasi di Israel termasuk lapangan terbang Ben Gurion, susulan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap lokasi nuklear utama di republik  itu.

Menerusi kenyataan, Iran memaklumkan gelombang ke-20 Operasi Honest Promise 3 bermula dengan menggunakan gabungan peluru berpandu bahan api cecair dan pepejal jarak jauh yang mempunyai kuasa hulu ledak yang dahsyat.

Tentera Iran turut menyasarkan sebuah pusat penyelidikan biologi dan pangkalan logistik dalam operasi kali ini.

Serangan AS hari ini menyasarkan tiga loji nuklear utama Iran, namun pihak berkuasa Teheran memaklumkan tiada kerosakan besar berlaku terhadap tiga kemudahan berkenaan.

Agensi Tenaga Atom Iran juga melaporkan tiada pencemaran radiasi berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×