KUALA LUMPUR – Seorang pelancong wanita cedera pada bahagian kepala dan muka sebelah kiri selepas begnya diragut seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Ampang dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pelancong warga China yang dikenali sebagai Chen Yuezhen, 63, telah di hantar ke unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama rakan senegaranya berada di hadapan KLCC sebelum didatangi seorang lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna hitam.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.










