Pelajar ditemukan maut dalam tasik di London - Utusan Malaysia

Pelajar ditemukan maut dalam tasik di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Seorang pelajar Malaysia di Imperial College, London ditemukan maut di The Serpentine Lake, Hyde Park, London semalam.

Difahamkan, mayat Muhammad Hafiz Zainal Epi, 23, ditemukan di dalam tasik berkenaan oleh orang ramai kira-kira pukul 5.43 petang.

Menurut sumber, identiti Muhamamd Hafiz disahkan menerusi kad pengenalan yang ditemukan bersamanya dan jenazah beliau kini di Pejabat Koroner Westminster, London.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berita kematian itu turut disahkan oleh bapanya Zainal Epi yang merupakan bekas wartawan The Star.

Menurutnya, dia dan keluarga akan ke London esok untuk urusan pengebumian anaknya di sana.

“Arwah tidak pernah memberitahu jika dia ada mengalami sebarang sakit sebelum ini dan pemergiannya mengejutkan kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, portal berita Metro dari United Kingdom melaporkan, polis menerima laporan penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 5.43 petang semalam.

Jelas portal tersebut, jurucakap polis memberitahu mayat lelaki itu ditemukan di dalam tasik dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini