Pelajar berusia 16 tahun dirogol empat konduktor bas secara berkumpulan - Utusan Malaysia

Pelajar berusia 16 tahun dirogol empat konduktor bas secara berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGPUR 7 Mac – Seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh empat konduktor bas selama tujuh bulan sehingga menyebabkan remaja perempuan itu mengandung di sebuah bandar di Nagpur, Maharashtra, India di sini.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang belajar di sebuah kolej di Nagpur dikatakan berkenalan dengan salah seorang suspek ketika menaiki bas untuk ke kolejnya dan kemudian bertukar-tukar nombor telefon.

Lapor Times of India, mangsa pertama kali dikatakan dirogol pada 1 Julai 2018 oleh kenalan itu sebelum mengajak kawan-kawannya yang lain untuk turut. Khuatir perkara itu akan sampai ke pengetahuan keluarga, mangsa bertindak melarikan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bertindak atas laporan, polis menemui gadis itu di Raipur yang kemudian mendedahkan perkara sebelum. Susulan daripada itu, polis menahan empat konduktor bas. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini