PULAU PINANG 8 Mac – Peguam yang mewakili seramai 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini mendakwa tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengusir penduduk terlibat sebagai tidak sah kerana dibuat tanpa perintah mahkamah. Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengusiran penduduk itu juga dianggap pencerobohan dan bertentangan dengan Seksyen 7 (2) Akta Relif Spesifik 1950. Malah, katanya, kerajaan negeri juga mengugut untuk mengunci penduduk di dalam rumah…










