NEW YORK 2 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak kerajaan Bangladesh supaya tidak menutup pintu sempadannya terhadap pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar. Gesaan itu dibuat selepas Dhaka semalam memutuska untuk tidak lagi menerima kemasukan pelarian Rohingya. Hal ini kerana, Bangladesh sifatkan keadaan ketika ini ‘sudah terlalu teruk’ susulan kebanjiran etnik tersebut di beberapa kem pelarian di kawasan sempadan negara ini. – AGENSI










