Patung Cabaran Momo sudah lama dimusnahkan - Utusan Malaysia

Patung Cabaran Momo sudah lama dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 4 Mac – Arti Jepun yang menghasilkan imej patung ‘Cabaran Momo’ mendedahkan bahawa dia sudah lama memusnahkan replika patung tersebut dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.

Keisuke Aiso memberitahu, patung tersebut mempunyai imej mengerikan dengan muka cengkung dan biji mata hampir terkeluar berdasarkan watak hantu Jepun yang diberi nama ‘ubume’.

Ubume merupakan seorang wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak dan imejnya mula diperkenalkan pada 2016.

Cabaran Momo mencetuskan kontroversi apabila Ubume didakwa mempengaruhi golongan muda terutamanya remaja di seluruh dunia untuk melakukan perbuatan pelik bagi mnegelakkan mereka ditimpa nasib malang termasuk bunuh diri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa cabaran itu adalah palsu dan dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN