BERJAYA. Pasukan pencak silat dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkul dua pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Melaka 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Bukit Serindit, Melaka baru-baru ini.
Kejohanan tersebut merupakan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Melaka yang bertujuan mencari serta mengasah bakat baharu dalam sukan tersebut.
Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan berkata, seramai tiga daripada enam mahasiswa yang mewakili universiti itu berjaya meraih pingat emas.
Memuatkan artikel berkaitan…











