Pasir Gudang terjejas, tidak selamat - Ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Pasir Gudang terjejas, tidak selamat – Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Laporan mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang amat menakutkan atas beberapa faktor iaitu lebih 500 mangsa telah dimasukkan ke hospital.

HASSAN ABDUL KARIM

Ketika membentangkan usul tergempar pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, sembilan daripadanya ditempatkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) serta 111 sekolah ditutup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menunjukkan secara jelas bahawa pencemaran kimia toksik telah merebak luas bermula dari kawasan Pasir Gudang dalam Parlimen Tebrau, kini merebak ke kawasan Parlimen Pasir Gudang.

“Ini menjadikan seluruh kawasan Pasir Gudang kini terjejas dan tidak lagi selamat,” katanya.

Beliau tidak mahu bencana itu mengulangi pencemaran kimia di Bhopal, India pada 20 tahun lalu yang meragut ribuan nyawa.

Usul itu dibenarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof selepas disokong Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang pada pukul 4.30 petang ini.

Ini berikutan usul berkenaan memenuhi tiga kriteria iaitu menyentuh kepentingan ramai, perlu disegerakan dan melibatkan perkara tertentu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini