Pasar Seni jadi pilihan Siti Aisyah - Utusan Malaysia

Pasar Seni jadi pilihan Siti Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kehidupan di ibu kota semestinya memerlukan kreativiti dalam mencari pendapatan walaupun berdepan dengan kos sara hidup tinggi.

Bagi Siti Aisyah Mat Sahi, 23, cabaran itu tidak menghalangnya menjual kuih putu bamboo di tengah-tengah kota raya walaupun makanan tersebut kebanyakan dijual di kompleks beli-belah, kawasan hentian rehat dan rawat lebuh raya dan pasar malam.

Menurutnya, dia memilih Pasar Seni di sini sebagai lokasi untuk menjual putu bamboo bagi memudahkan pengunjung yang datang ke situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, selain itu, perniagaan tersebut secara tidak langsung memperkenalkan makanan tersebut kepada pelancong asing untuk mengenali makanan tradisional tersebut dengan lebih dekat.

“Pasar Seni merupakan tempat tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia dan mereka amat gemar membeli produk tradisional di sini.

“Peluang tersebut saya ambil dengan menjual putu bamboo supaya pelancong dapat mengenali lebih dekat kuih berkenaan yang wujud di negara ini,” katanya kepada Utusan Online baru-baru ini.

Tambahnya, operasi perniagaan bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam dengan menghasilkan 400 pek sehari dan setiap satu mengandungi lima biji putu bamboo yang dijual RM3.50.

“Secara umumnya persaingan menjual kuih ini adalah tinggi tetapi kita perlu bijak memilih lokasi dan menggunakan resepi asli turun temurun yang menjadikan makanan itu bertahan sehingga kini,” katanya yang mengusahakan perniagaan itu sejak sembilan tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini