Pas tetap jaga kepentingan bukan Islam - Utusan Malaysia

Pas tetap jaga kepentingan bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac- Pas tetap mengambil kira kepentingan bukan Islam selepas parti itu secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menolak parti yang bermusuh dan tidak berasaskan Islam termasuk PKR yang mempunyai ideologi sekular serta tidak bermaruah di samping Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak berani mempertahankan Islam.

Malah, Abdul Hadi menegaskan , Pas hanya bersama dengan parti seperti UMNO dan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama Islam walaupun disifatkan sebagai jahil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas mengenali mereka yang mengenang budi, diterima menjadi rakyat yang diberi hak beragama, berbangsa, berbahasa dan berbudaya. Pas juga mengenali kalangan mereka yang tidak mengenang budi sehingga mengasak Islam dan Melayu secara terbuka dan bersembunyi.

“Maka setiap keadaan yang mencabar kedaulatan Islam dan Melayu tetap diperjuangkan Pas bersama parti Islam dan Melayu tanpa menzalimi kaum lain yang tidak seagama dan sebangsa kerana menjadi konsep Islam adalah rahmat kepada seluruh alam,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Harakah daily di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini