Pas sambut baik keputusan MCA kekal dalam BN - Utusan Malaysia

Pas sambut baik keputusan MCA kekal dalam BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Pas menyambut baik keputusan MCA untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kepelbagaian kaum dalam blok pembangkang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya menerima secara positif keputusan tersebut meskipun MCA sebelum ini dilihat kurang senang terhadap kerjasama UMNO dan Pas.

“Wartawan minta saya komen tentang keputusan MCA tetap bersama BN. Saya jawab, kita terima secara positif kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

MCA semalam membuat keputusan kekal bersama BN dalam menerapkan semangat konsensus berasaskan kepelbagaian kaum rakyat di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan semangat gabungan pembangkang di samping memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan pemerintah khususnya soal kebajikan serta ekonomi rakyat.

Pemerhati politik sebelum ini percaya MCA mampu menang beberapa kerusi Parlimen dalam pilihan raya seandainya BN bekerjasama dengan Pas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini