Pas gerakkan Khidmat Malaysia, Jabatan Amal ke Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Pas gerakkan Khidmat Malaysia, Jabatan Amal ke Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Mac – Pas menerusi Khidmat Malaysia dan Jabatan Amalnya turun padang bagi memberi bantuan kepada mangsa pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

HADI AWANG
HADI AWANG 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantuan yang digerakkan sebagai tanda prihatin itu juga bertujuan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat.

Katanya, semua pihak perlu bersegera untuk mengawal keadaan di Pasir Gudang bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.

“Sebagai tanda prihatin, Pas telah menggerakkan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal ke lapangan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat,” katanya dalam laman Facebook di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini