Parlimen: Sesi penggulungan perbahasan kementerian kewangan kecoh - Utusan Malaysia

Parlimen: Sesi penggulungan perbahasan kementerian kewangan kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sesi penggulungan perbahasan titah diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini kecoh setelah berlaku ‘pertembungan’ di antara Menterinya, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas menteri kewangan. 

Ia bermula apabila Najib yang juga bekas perdana menteri, bangun meminta pencerahan Lim berhubung jumlah hutang kerajaan yang meningkat sebanyak RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada masa ini berbanding RM686 bilion pada penghujung 2017 mengikut data rasmi Bank Negara Malaysia.

Lim berkata, jumlah hutang itu antaranya disumbang oleh hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang licik pentadbiran lama kerana kita tahu 1MDB hutang begitu besar tidak termasuk dalam angka rasmi hutang kerajaan kerana semua dibuat secara ‘off balance sheet’ (pembiayaan luar kunci kira-kira) dan terpaksa juga dibayar oleh pihak kerajaan sungguhpun ia tidak dipinjam secara langsung oleh kerajaan Malaysia dan bila kita sebagai penjamin, kita terpaksa membuat bayaran sungguhpun kita bukan peminjam utama,” katanya.

Keadaan bertambah tegang apabila Lim membangkitkan isu penjualan hartanah konsulat Malaysia di Hong Kong. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini