Parlimen: Ramli angkat sumpah jawatan - Utusan Malaysia

Parlimen: Ramli angkat sumpah jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd. Noor mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakya,t Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Pada 26 Januari lepas, Ramli, 61 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini