Parlimen: Jumlah penjawat awam tingkat belanja urus negara - Utusan Malaysia

Parlimen: Jumlah penjawat awam tingkat belanja urus negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap tahun.

“Ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan berikutan ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu rasional cadangan mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini. 

Mahathir berkata, kerajaan berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini